Taklimat Klik Dengan Bijak & Advokasi 2019

25 April 2019 | Aktiviti Terkini

Rabu, 24 April 2019 Pusat Internet PPR Taman Malihah telah mengadakan satu program kesedaran awam mengenai "Klik Dengan Bijak" bersama pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 di SMK Matang Jaya Kuching bermula jam 2 sehingga 5 petang. Program ini telah dijayakan bersama fasilitator daripada Pusat Internet Taman Dahlia.

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-

1. Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
2. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
3. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
4. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda.

Antara langkahnya adalah seperti memberi kesedaran tentang tip keselamatan dan gejala ketika melayari internet.
a. Tips keselamatan Media Sosial (Jenayah Siber) - "Cyber Stalking", "Cyber Grooming" & "Sexting"
b. Risiko Dalam Talian - Panggilan Palsu & Maklumat Palsu.
c. Jenayah Siber - Hak,tanggungjawab & perlindungan (Macau scam, Love scam dll)
d. "Check Your Label" & "E-waste"


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali